Seronokkah maksiat?

Apa jua jenis maksiat sebenarnya adalah keseronokan yang sementara. Kadang-kadang ia datang dengan penyesalan setelah maksiat itu dilakukan.

Maksiat akan menyebabkan seseorang manusia itu jauh dari tuhannya. Hatinya akan menjadi hitam. Apabila hati telah hitam, dia tidak akan mendapat cahaya. Maka jiwanya tidak akan tenteram.

Tidak dinafikan bahawa ada juga manusia yang telah lali dengan maksiat sehingga hidupnya hanyalah dengan melakukan maksiat. Maksiat juga ada yang kita boleh lihat dan juga yang tersembunyi. Ramai manusia melakukan maksiat secara tersembunyi.

Apabila kita ternampak sesuatu maksiat, maka adalah menjadi kewajipan kita bagi menghalangnya daripada terus berlaku.

Kita wajib menghalang maksiat tersebut dengan perbuatan kita. Jika tidak mampu, maka hendaklah dihalang dengan kata-kata. Jika tidak mampu juga, maka hendaklah kita membencinya di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman.

Post a Comment

0 Comments