Ketika alam semesta ini diciptakan

Kun fa ya kun. Kun dalam bahasa arab bermaksud 'jadi'. Oleh itu, maksud penuh kalimah tersebut bermaksud 'jadi,.jadi lah!'. Ini adalah salah satu daripada qalam-qalam Allah. Seperti mana yang kita imani, qalam Allah adalah Qadim.

Baiklah, saya ingin meneruskan kepada detik dan ketika pertama kalinya alam ini dijadikan. Ketika itu, menurut kajian NASA dan sebagainya, berlaku suatu letupan yang maha hebat. Bermula daripada satu titik yang paling mampat. Kemampatannya adalah jisim alam semesta yang kita diami sekarang ini.Ia kemudiannya membentuk pelbagai bentuk gas termasuklah bintang-bintang dan planet-planet di alam ini.

Kemudian ia merebak, bergerak dan berkembang dengan kepantasan yang tidak dapat digambarkan oleh kemampuan minda manusia. Di sini lah dalil di dalam surah as-Sajadah, ketika Allah berfirman bahawa Dia menjadikan alam ini dalam 6 masa. 6 masa yang Allah maksudkan di sini lebih kepada 6 proses.

Bumi, langit, bintang, planet dan sebagainya. Itu lah proses yang dimaksudkan. Sesetengah ulama' berkata, jika Allah hendak menjadikan alam ini dalam sekelip mata tanpa melalui proses-proses yang dinyatakan, maka itu adalah TIDAK mustahil bagiNya. Kerana salah satu daripada sifat Allah adalah iradat iaitu berkehendak. Jika Dia berkehendak untuk menjadikan hanya dalam satu detik, maka Ia mampu melakukannya.

Allah pula adalah bersalahan dengan makhuk. Makhluk mempunyai jisim, manakala Allah tidak mempunyai jisim.Di sini khilaf para ulama kerana jisim diperlukan untuk mengetahui sesuatu bentuk. Allah memiliki bentuk , cuma bentuknya adalah bersalahan dengan mana-mana makhluk, dan makhluk pula berjisim. Tidak kira makhluk yang nyata atau yang ghaib. Selain itu, Allah itu wujud. Maka setiap yang wujud, pasti mempunyai bentuk.

Berbalik kepada kejadian alam ini, maka usia planet Bumi yang kita duduki ini sahaja dianggar berbillion tahun. Ini belum dianggar pula berapa usia alam ini, mungkin trillion, mungkin quadrillion dan sebagainya. Wallahualam. Namun apa yang pasti, usia manusia yang pertama sehingga sekarang hanyalah ratusan ribu tahun sahaja. Usia air laut pula hanya jutaan tahun, begitu juga usia sel yang pertama yang dijadikan Allah di atas muka Bumi ini sebelum manusia. Dengan ini boleh lah dianggap bahawa kemungkinan besar, manusia lah makhluk yang paling akhir sekali sebelum datangnya kiamat. Manakala di planet-planet lain, saintis masih buntu untuk mengetahui bahawa ada hidupan selain kita.

Berlaku juga perdebatan hebat samada kiamat berlaku di alam ini, di galaksi, di sistem solar, ataupun hanya di Bumi ini? Tapi yang pastinya, keempat-empat cara ini akan menyebabkan terhapusnya semua makhluk yang ada. Definisi alam semesta ini masih menjadi misteri dan akal manusia masih belum mampu menjangkauinya. Usahkan luar daripada galaksi, luar sistem solar pun manusia belum habis lagi kaji. Di dalam galaksi ini ada berbillion sistem solar. Dan di dalam alam ini pula, ada berbillion lagi galaksi. Lalu jika dianggap semua itu adalah alam, berapa besar pula alam ini??

Cuba bayangkan jika saintis tersalah kira, dan alam ini hanya terbatas kepada apa yang kita ketahui sahaja. Maka kita dapati bahawa sistem solar ini sememangnya akan musnah dalam jangka masa berbillion tahun dari sekarang, dengan mengambil kira kejadian kemusnahan yang pernah berlaku kepada sistem solar yang lain daripada kita. Masalahnya ia mengambil masa berbillion tahun. Adakah pada masa itu manusia masih wujud? Di dalam hadis ada menjelaskan bahawa umat Nabi Muhammad S.A.W dengan kiamat semakin hampir. Jika kita ambil tempoh billion, maka ia bukan sesuatu yang membawa maksud hampir. Seperti yang telah dibincang di awal tadi, usia keturunan manusia yang awal hingga kini hanya ratusan ribu tahun. Maka sudah pasti kiamat berlaku lebih awal, bukan ketika sistem solar ini hampir musnah. Oleh kerana itu, mungkin kah sesuatu yang akan menyebabkan manusia lenyap bersama-sama lenyapnya Bumi ini??


SAMBUNGAN>>>>>>Syurga Dan Neraka Telah Wujud Sejak Alam Ini Tercipta?






Post a Comment

0 Comments