Semakin meningkat usia,kita akan kelihatan tua kerana sel-sel kita mengalami perubahan iaitu menjadi semakin mengendur dan tidak kenyal,seiring dengan masa.Sel-sel yang mati akan berganti dengan sel-sel yang baru .sel-sel otak yang mungkin bertrillion jumlah selnya hanya mengalami penyusutan tetapi tidak berganti dengan yang baru.Tp apa yang pasti sel-sel ini tidak lagi kenyal seiring peningkatan ...usia ,menyebabkan kedut-kedut kelihatan di wajah.Faktor masa sememangnya memainkan peranan yang besar di sini dan juga di dalam kehidupan kita di dunia.Kita mengukur masa menggunakan berbagai kaedah seperti jam,hari,tahun dan sebagainya dengan merujuk kepada matahari dan bulan.Walaubagaimanapun yang dikatakan masa itu sebenarnya ialah suatu keadaan yang kita 'alami'.Sebagai contoh, alam ini telah wujud lebih kurang 15 billion tahun yang lalu.Manusia yang pertama iaitu Nabi Adam pula telah wujud lebih kurang 15-20 juta tahun dahulu.Tahun yang dimaksudkan ini menggunakan kalendar Gregory iaitu kalendar masihi yang kita pakai sekarang.Kita merasakan 15 billion dan 15 juta itu suatu jangkawaktu yang sangat lama jika dibandingkan dengan umur kita yang singkat ini.Dalam al-Qur'an dan Hadis banyak menyebut tentang perbezaan masa dunia dan akhirat.Sebagai contoh, satu hari waktu di Padang Mahsyar seperti seribu tahun di dunia.Apa yang cuba digambarkan disini ialah perbezaan masa antara masa dunia dan masa di akhirat kelak.Maksudnya waktu untuk seorang manusia amalannya dihisab itu biasanya tersangat lama,bergantung juga kepada amalan masing-masing yang dilakukan di dunia.Contohnya jika si Polan dihisab amalannya selama sepuluh hari di akhirat.Bermakna dia akan menunggu sehingga semua amalannya selesai dihisab selama 10ribu tahun lamanya.Oleh itu lama atau cepatnya yang dirasakan oleh setiap orang adalah berbeza-beza.begitu juga waktu di dunia ini,setiap orang mengalaminya dengan pengalaman yang berbeza-beza.Mungkin ada yang mengatakan sekejap sahaja masa berlalu, dan juga sebaliknya.Saintis juga mengukur usia alam ini dengan mengambil sampel 'debu kosmik' yang terdapat di ruang angkasa.Dari situ mereka dapat menyimpulkan bahawa 'masa' telah membentuk alam ini.Dari mana datangnya masa? Sudah tentulah dari pencipta masa iaitu Allah S.W.T, Dzat yang kekal, tidak mempunyai permulaan apalagi pengakhiran.Oleh kerana Dia yang mencipta masa,maka tidaklah perlu bagiNya untuk terikat dengan masa.Begitu juga dengan segala yang telah ditakdirkan kepada kita,segala yang telah berlaku telah tertulis dan telah siap sepenuhnya sebelum alam ini diciptakan lagi.Firman Allah S.W.T :

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Post a Comment

0 Comments